Saturday 16 September 2017

Day 1 BORNEO UNITY RIDE 2017: Kuching ke Pontianak, Kalimantan

Alhamdulillah, saya berpeluang menyertai misi perpaduan antara 3 negara: Malaysia, Kalimantan dan Brunei pada 16 hingga 30 September 2017. Program ini turut melibatkan misi perpaduan antara Semenanjung dan Sabah serta Sarawak. Program yang dinamakan Borneo Unity Ride 2107 adalah program perpaduan antara Kelab N9 Bikers yang menyambut ulangtahun ke-20 penubuhannya bersama-sama dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Negeri Sembilan. Pada fikiran saya, ini adalah satu program NBOS yang baik yang dapat mengeratkan hubungan antara tiga negara dan mempereratkan lagi perpaduan antara penduduk Semenanjung Malaysia dan penduduk Malaysia Timur.
Bergambar di mercu tanda Daerah Tutong, Brunei - Day 10
Misi ini melibatkan 16 peserta iaitu
  1. Nor Azlan bin Yusof yang lebih dikenali sebagai Nolan, memandu support car Toyota Land Cruiser SS 8133
  2. Nor Azimal bin Ismail, Presiden N9 Bikers, Kawasaki Versys 650
  3. Halinah binti Mohd Hassan, isteri Nor Azimal
  4. Hussein bin Musrin, Timbalan Presiden N9 Bikers, Kawasaki Versys 650
  5. Azizan bin Majid, Bendahari N9 Bikers, Kawasaki Versys 650
  6. Syahriani binti Hasballah, isteri Azizan
  7. Muhd Hamzah bin Mad Akhir, BMW GS 1200
  8. Rita binti Idris, isteri Muhd Hamzah
  9. Mohd Nor Zahirra bin Ismail, Kawasaki Versys 650
  10. Razi bin Razali, Kawasaki Versys 1000
  11. Hamidon bin Khalid, Kawasaki Versys 650
  12. Azmi bin Ayub, Kawasaki Versys 650
  13. Jalil bin Osman, BMW F800
  14. Nordin bin Wan Ibrahim - bermotosikal dari Sabah dan menunggu di Kuching, Honda Varadero 1000
  15. Awang Azli bin AMP Yusoff - bermotosikal dari Sabah dan menunggu di Kuching, Suzuki Strom 1000
  16. Lily dari Kuching, Sarawak
Pada hari pertama kembara Borneo, kami bergerak dari Hotel Telang Usan, Kuching ke Siburan, Serian dan Tebedu seawal jam 6.40 pagi menuju bandar Pontianak, Kalimantan Barat atau ringkasnya Kalbar. Sebelum bergerak, ketua marshall, Nolan telah memberi taklimat perjalanan dan keselamatan di jalan diikuti oleh bacaan doa selamat oleh Azmi.



Doa dibacakan setiap kali sebelum bergerak
Sesampainya kami di Serian, hujan telah turun renya--renyai, sekali-sekala lebat sehingga kami tiba di sempadan Tebedu-Entikong. Dalam perjalanan kami mengisi petrol di Tebedu kerana selepas memasuki Kalimantan, petrol RON 92 berharga mahal. Di Petronas Tebedu, tiada ATM tetapi pemandu boleh mengeluarkan wang dari BSN terhad RM 500 sahaja kerana stesen ini adalah agen BSN.


Petronas Tebedu. Boleh mengeluarkan wang di sini - BSN sahaja. Maksima RM500. Petronas Agen BSN.
Lebih kurang jam 9.30 pagi kami tiba di pejbat imigresen Tebedu dan terus masuk ke Entikong, Kalimantan Barat. Urusan imigresen dan kastam memakan masa lebih dari 1 jam 30 minit, syukur masanya cepat, mungkin kerana hujan yang renyai-renyai. Walau bagaimanapun mengikut peraturan kastam di Entikong, kami diminta menunjukkan nombor enjin dan nombor chassis motosikal kepada pegawai kastam. Kenalah tahu sendiri di mana letaknya nombor-nombor ini di jentera masing-masing.


Alhamdulillah. Aku dan jenteraku berjaya menjejak kaki di Kalbar.



Bergambar ramai di mercu tanda Entikong - Garuda
Setelah selesai urusan di sempadan, kami bergerak ke kedai pengurup wang dan penukaran kad sim Kalimantan di Balai Karangan.

Bersama Nordin di kedai pengurup wang Balaikarangan


Kad sim Kalimantan dengan capaian internet 4G yang pantas
Perjalanan ke Pontianak diteruskan lagi. Kami singgah di Warung Kopi Harum Manis dan Alfamart dalam perjalanan ke pekan Sosok dan tiba jam 1.00 petang untuk makan tengah hari. Jarak dari Sosok ke Pontianak berbaki 134 km lagi, namun adalah sukar untuk menentukan sejauh mankah kita telah bergerak atau berapa jauhkah lagi kita akan sampai ke destinasi kerana tidak ada sebarang tanda kilometer jalan di sepanjang jalan atau jalur dalam bahasa Indonesia. Jalan pula hanyalah dua lorong, satu lorong pergi, satu lorong balik; tiada lebuhraya namun jalan raya ini dinamakan jalan Trans Borneo.

Route Day 1 Kuching ke Ponti
 

Alfamart umpama 7 Eleven di Malaysia


Setelah bergerak lebih daripada 12 jam, akhirnya kami tiba di tempat penginapan, Hotel Gajahmada, Pontianak lebihkurang jam 7.20 malam. Namun kami terpaksa meredah malam kerana jam 5.00 petang cuaca mulai gelap kerana waktu Maghrib masuk jam 5.20 petang di Kalimantan Barat. Selisih waktu adalah 1 jam antara Kalimantan Barat dan Malaysia. Jika 5.20 petang di Kalimantan, di Malaysia pula sudah 6.20 petang.



Setelah daftar masuk hotel,  mengemas diri dan solat jamak Qasar, kami menikmati makan malam di kafe hotel, lebih kurang jam 8.40 malam.


Selepas makan malam, masing-masing masuk tidur kerana keletihan.
Jarak yang dilalui pada hari pertama Borneo Unity Ride 2017 adalah 360 km.

Jumlah jarak dilalui dari Telang Usan, Kuching = 360.1 km
Fakta menarik

  1. Jalan raya Kalimantan adalah sempit, mungkin teknologi binaan jalan Belanda digunakan berbanding jalan raya Malaysia yang dipengaruhi teknologi binaan jalan British.
  2. Terdapat banyak gereja di sepanjang jalan dari Entikong ke Sosok.
  3. Purata had laju kenderaan adalah 60 - 70 km per jam kerana terdapat banyak rumah di kiri kanan jalan yang terlalu dekat dengan bahu jalan, lebih kurang 5 meter berbanding negara kita. Perlu mengemudi jentera secara berhati-hati supaya tidak berlaku kemalangan @ tabrak atau terlanggar haiwan peliharaan penduduk setempat. Hukum adat digunakan untuk menyelesaikan kemalangan jika berlaku dan ini perlu dielakkan.

Bersambung......

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...