Sunday 17 September 2017

Day 2 BORNEO UNITY RIDE 2017: Pontianak ke Balai Berkuak

Sinopsis ride Day 2 -  Ride lencun. Singgah di Istana @ keraton Sultan Syarif Abubakar Alkadrie, Pontianak dan melawat Muzium Khatulistiwa.

Di Pontianak, waktu Subuh masuk jam 4.20 pagi dan matahari terbit jam, 5.33 pagi manakala Maghrib masuk jam 5.43 petang. Seawal jam 6.00 pagi kami bersarapan di kafe Hotel Gajahmada hidangan bufet.

Sarapan bersama teman sebilik, bro Jalil
Lebih kurang jam 8.30 pagi, saudara Azmy dari Rident Pontianak Bikers menjemput dan mengiringi kmi melawat Istana atau keraton Sultan Syarif Abubakar Alkadrie, Sultan Pontianak yang ditabalkan pada 15 Januari 2004 dan memerintah hingga kini.
 
Azmy Rident Bikers
Dalam hujan renyai kami sampai ke Istana Pontianak dan meluangkan masa hampir satu suku jam di keraton ini.


Penerangan oleh pegawai penjaga istana

Peraduan sultan

    

Hujan masih renyai-renyai ketika lawatan di istana. Di dalam istana ini ada gambar lama Sultan yang memakai baju Melayu teluk belanga Johor. Mungkinkah fesyen itu berasal dari Pontianak? Setelah selesai lawatan di istana Ponti, kami bergerak ke stesen Pentamina untuk mengisi petrol motor masing-masing.






N9 Bikers telah sampai di Muzium Khatulistiwa. Alhamdulillah.

Seorang di hemisfera Utara, seorang lagi di hemisfera Selatan





Setelah selesai melawat Muzium Khatulistiwa, kami meneruskan perjalanan ke Balai Berkuak dan singgah makan tengah hari di RM Muazzam di jalan Simpang Ampar-Tayan jam 3.00 petang. RM = Rumah Makan.

Makan tengah hari jam 3.00 petang di RM Muazzam


Jarak perjalanan ke Balai Berkuak berbaki lebih kurang 130 km lagi. Sekitar jam 6.00 petang kami tiba di Balai Berkuak dalam keadaan masih hujan, makan malam di kedai seberang jalan dan terus tidur setelah mengharungi perjalanan hari kedua berbelas-belas jam. 

Lobi hotel The Virgo, Balai Berkuak

Makan malam di Rumah Makan Cahaya di seberang jalan bertentangan hotel

Destinasi yang dituju pada hari kedua ialah Sandai, namun kami terpaksa bermalam di Balai Berkuak kerana hari malam dan keadaan hujan ang berterusan serta masih jauh lagi kira-kira 104 km jarak perjalanan.

Fakta menarik:
  1. Makanan di Kalbar (Kalimantan Barat) tidaklah berapa enak kerana cara memasak adalah ringkas. Lauk digoreng begitu sahaja - tiada goreng cili atau goreng kunyit manakala sayur biasanya dilayur.

Bersambung ke Day 3 Borneo Unity Ride 2017.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...