Monday 31 July 2017

TAHNIAH PENULIS CERPEN WARISAN

Seluruh warga sekolah merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada Puan Salziah Salim dan empat orang pelajar yang cerpen-cerpen mereka terpilih untuk dibukukan oleh pihak Institut Terjemahan Buku Negara, ITBN, bersama-sama berberapa penulis cerpen lain dari seluruh Negeri Sembilan.





Senarai judul cerpen yang dihasilkan oleh Puan Salziah dan keempat-empat penulis cerpen Warisan adalah seperti berikut:
1. Baju Melayu Hitam dan Toyota Biru Tua oleh Puan Salziah bt. Salim
2. Jaguh Sukan oleh Nur Irma Ilyana bt. Md Din
3. Kemenangan Air Loncong oleh Norfazleen bt. Rusly
4. Kesusahan Menjadi Kenyataan oleh Aina Izzaty bt. Mohammad Fazli
5. Musuhmu Kini Menjadi Sahabat oleh Suhaina bt. Mazlan



Ini merupakan suatu sejarah bagi SMK Warisan Puteri kerana berjaya melahirkan penulis cerpen muda yang mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang penulisan kreatif. Terima kasih kepada Puan Salziah Salim yang membimbing dan memberi keyakinan kepada keempat-empat pelajar ini yang akhirnya berjaya menyiapkan cerpen mereka dan terpilih pula untuk dibukukan.


Majlis penyampaian sijil penghargaan kepada Puan Salziah dan keempat-empat penuis cerpen telah disampaikan dalam perhimpunan rasmi hari ini, Isnin, 31 Julai 2017. Diharapkan kejayaan pelajar-pelajar ini dapat menjadi perangsang dan motivasi kepada pelajar-pelajar lain untuk menghasilkan karya yang serupa. 

 


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...