Wednesday 28 June 2023

BUILDING A TINY HOUSE - PART 3

 Hari ini, Selasa 27 Jun 2023 merupakan hari ke-12 pembinaan Homestay Rahmah dalam REHAT atau Rahmah Eco Homestay And Treats. Kerja-kerja hari ini melibatkan penuangan simen ke lantai atas dari lori siput ke kren pengangkat simen. 


Lori siput pun dah sampai


Lori siput pun dah sampai























Thursday 15 June 2023

BUILDING A TINY HOUSE - PART 2

Pada hari ini, Khamis 15 Jun 2023 (Hari Ke-2), kerja-kerja memotong besi dan membentuk tapak gajah dilakukan oleh pekerja lelakian . Pekerja wanita pula memasukkan batu tiga suku ke dalam lubang untuk tapak gajah.


Sehingga tamat waktu bertugas sebahagian daripada lubang telah dapat dimasukkan rngka besi untuk tapak tiang rumah/








Wednesday 14 June 2023

BUILDING A TINY HOUSE - PART 1

Bagi memanfaatkan tanah pusaka peninggalan bonda Rahmah, sebuah rumah kecil atau tiny house didirikan di tamah seluas suku ekar di Bukit Kelulut, Bahau sebagai permulaan membina satu kompleks resort bernama REHAT. REHAT adalah singkatan kepada Rahmah Eco Homestay And Treats.

Kontraktor yang terpilih untuk membina tiny house pertama ini adalah ZH Bina Enterprise yang berpejabat di Kg.Parit Tinggi, Kuala Pilah diketuai oleh Encik Zulkhairi bin Abbas.

Barang-barang untuk pembinaan rumah kecil ini mula dibawa masuk ke tapak rumah pada hari Rabu 14 Jun 2023 


 
Buat permulaan, dua buah lori 5 ton membawa masuk besi dan lima palet bata merah.




Kerja-kerja membuat lubang untuk tapak gajah juga dapat disiapkan pada hari pertama ini dengan bantuan sebuah jentera backhoe. Sebanyak sembilan lubang dibentuk untuk membuat pad footing bangunan.





Sunday 8 March 2020

UBAH SUAI RUMAH 2020 - Langkah demi langkah

Entri 2020 dimulakan dengan merakamkan kerja-kerja ubah suai rumah kediaman kami. Ia melibatkan pembinaan sebuah bilik tamu / bilik anak dan pergola untuk taman mini di bahagian hadapan rumah.

18 Februari 2020
Kerja-kerja memotong semua pokok di tepi rumah untuk membuat laluan membawa bahan binaan ke belakang di kedudukan bilik yang akan dibina. Bilik ini berbentuk huruf L.


Pokok palma merah yang ditanam sejak 1994 telah dibuang. Sedihnya, kelihatan tunggulnya sahaja.




18 Mac 2020
Kerja-kerja membuat dinding di bumbung bilik dan membuang kerangka awning di luar dapur.






Petang ini hari hujan di Seremban. Kesempatan ini diambil dengan memeriksa sekiranya ada ruang-ruang di mana hujan boleh masuk ke bilik. Ini penting untuk memastikan plaster siling bilik yang akan dipasang tidak terjejas apabila siap nanti. Musuh utama plaster siling adalah air. Setitik sahaja air hujan sudah cukup untuk merosakkan kepingan plaster siling ini.

19 Mac 2020 - 14 April 2020 
Tiada kerja-kerja pembinaan dibuat kerana perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan dari 18 Mac hingga 14 April 2020 kerana penularan wabak Corona Virus.

Thursday 20 February 2020

NH FAMILY TRIP KRABI 2020

 Hari Pertama Khamis 30 Januari 2020

Kami bergerak dengan dua kenderaan iaitu sebuah Estima dan sebuah Bezza dari Seremban ke Padang Besar. Kami bercadang memasuki Thailand di pos sempadan Padng Besar dan bermalam di sebuah homestay di Padang Besar.

Restoran Cendol Pulut Haji Johari pekan Napoh




Hari Kedua: Jumaat 31 Januari 2020


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...