Sunday 8 March 2020

UBAH SUAI RUMAH 2020 - Langkah demi langkah

Entri 2020 dimulakan dengan merakamkan kerja-kerja ubah suai rumah kediaman kami. Ia melibatkan pembinaan sebuah bilik tamu / bilik anak dan pergola untuk taman mini di bahagian hadapan rumah.

18 Februari 2020
Kerja-kerja memotong semua pokok di tepi rumah untuk membuat laluan membawa bahan binaan ke belakang di kedudukan bilik yang akan dibina. Bilik ini berbentuk huruf L.


Pokok palma merah yang ditanam sejak 1994 telah dibuang. Sedihnya, kelihatan tunggulnya sahaja.




18 Mac 2020
Kerja-kerja membuat dinding di bumbung bilik dan membuang kerangka awning di luar dapur.






Petang ini hari hujan di Seremban. Kesempatan ini diambil dengan memeriksa sekiranya ada ruang-ruang di mana hujan boleh masuk ke bilik. Ini penting untuk memastikan plaster siling bilik yang akan dipasang tidak terjejas apabila siap nanti. Musuh utama plaster siling adalah air. Setitik sahaja air hujan sudah cukup untuk merosakkan kepingan plaster siling ini.

19 Mac 2020 - 14 April 2020 
Tiada kerja-kerja pembinaan dibuat kerana perintah kawalan pergerakan dikuatkuasakan dari 18 Mac hingga 14 April 2020 kerana penularan wabak Corona Virus.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...