Tuesday 19 September 2017

Day 4 BORNEO UNITY RIDE 2017 Sampit ke Banjarmasin

Hari ini konvoi kami bergerak ke bahagian pulau Borneo yang paling selatan sekali iaitu ke destinasi Banjarmasin, Kalimantan Selatan. 

Bersua foto di sekitar Hotel Werra
Hotel penginapan kami, Hotel Werra ini adalah sebuah hotel yang mempunyai lanskap yang menarik dan sentiasa dijaga rapi. Tiada bangunan bertingkat di hotel ini, hanya bangunan setingkat sahaja yang ada, Ianya seperti sebuah resort berlanskap menarik seperti hotel-hotel dan resort-resort lain di pulau percutian Bali yang indah.

Bersama Razi Razali mengabadikan keindahan lanskap hotel

Sudut pandang lain
Sebelum perjalanan hari keempat dimulakan, seperti biasa taklimat diberikan oleh Chief Marshall, Nolan dan Pengerusi N9 Bikers, Nor Azimal. Bacaan doa pula dibacakan oleh Azmi Ayub. Destinasi rehat adalah di Palangka Raya, ibu kota Kalimantan Tengah sejauh 223 km dari hotel.

Bacaan doa oleh bro Azmi Ayub
Selepas sarapan pagi di kafe hotel, jam lebih kurang 6.40 pagi, kami dibawa melawat sekitar pekan Sampit dahulu diiringi oleh Scoopy Sampit Scoos ditunggangi Nenk Ratih. Destinasi tujuan adalah Dataran Jelawat, di mana terletaknya replika ikan jelawat yang menjadi ikon Sampit.

Moto bebek Nenk Ratih
Suafoto N9 Bikers bersama Scoopy Sampit Scoos
N9 Edu Bikers di Sampit

Bergambar ramai bersama Nenk Ratih, Presiden Scoopy Sampit Scoos



Replika jelawat dari dekat
Selepas selesai lawatan, kami meneruskan perjalanan ke Palangka Raya yang terletak sejauh 220 km dari Hotel Werra di Sampit. Dalam perjalanan kami berhenti rehat untuk menghilangan rasa mengantuk. Jam menunjukkan pukul 10.40 pagi.

Istirahat sebentar
Setibanya di Palangka Raya, kami mengisi petrol di tangki motosikal masing-masing (IR 70,000 bagi Versys 650).  Kami meneruskan perjalanan  ke Rumah Makan Tjilik Riwut, di Palangka Raya kerana Pak Hendra Cipta dari IMBI (Ikatan Motor Besar Indonesia) sudah menanti kami di sana. Pertubuhan IMBI bernaung di bawah IMI manakala IMI bertindak seperti SAM (Superbike Association of Malaysia) di Malaysia. Alhamdulillah kami dapat sampai di Palangka Raya jam 1.00 petang dan makan siang serta menunaikan solat Zohor dan Asar jamak qasar di surau kecil di sini.

Bersama Pak Hendra Cipta dari IMBI

Sua foto lagi
Rumah Tjilik Ruwit Gallery & Resto
Rumah ini yang ditransformasikan menjadi rumah makan dan galeri adalah rumah asal  Tjilik Ruwit suku Dayak Ngaju yang menjadi Gabenor pertama Kalimantan Tengah. Pak Hendra Cipta pula adalah cucu kepada Tjilik Ruwit. Gambar-gambar kenangan Tjilik Ruwit semasa muda dan menjadi gabenor turut diabadikan di bahagaian rumah ini yang dijadikan galeri.

Makan siang @ merarau
Galeri Tjilik Ruwit 
T-shirt cenderamata bercorak kaum Iban (Dayak Laut)
Selepas makan siang, kami meneruskan perjalanan dan sampai di Banjarmasin jam 6.00 petang dan terus ke Resto Tlojo untuk makan malam. Kami berada lama di sini, hampir tiga jam, kerana beramah mesra dengan ahli-ahli kumpulan Harley Brotherhood Bikers Chapter Indonesia, HDCI.




Nasi liwet dihidang dalam periuk kecil
Terdapat berbagai menu dan resepi makanan di rumah makan ini. Saya memesan nasi liwet kerana ingin tahu rupa dan rasanya serta memesan udang celup tepung. Nasi liwet adalah makanan istmewa di Banjarmasin dengan berbagai rupa dan rasa, disebut Aneka Nasi Liwet.

Lanskap hijau yang menyegarkan dengan pokok tanduk rusa
Suasana di dalam dan di luar rumah makan Tlogo ini adalah menarik dengan susunan kerusi-meja dan perhiasan yang menarik, di samping lanskap hijaunya yang nampak menyegarkan mata memandang.

Hiasan dalaman juga menarik

Ada replika ayam dan ittik serta papan tanda Bilik Bayar
Setelah selesai aktiviti di resto ini, kami dieskot oleh kumpulan Harley Davidson Brotherhood ke tempat penginapan kami di TreePark Hotel dan tiba di sana jam 9.00 malam.

Lobi hotel yang kemas
Terdapat sedikit kekecohan apabila motosikal kami tidak dibenarkan diparkir di ruang hadapan lobi hotel sebaliknya pengawal keselamatan mengarahkan kami meletakkannya di kawasan parkir kereta yang agak jauh kedudukannya. Namun dengan kecekapan HDCI isu ini dapat diatasi apabila HDCI meminta untuk menemui pengurus hotel. Alhamdulillah, syukur.

Motosikal kami diparkir di hadapan lobi hotel
Jumlah jarak yang telah dilalui dari Hotel Telang Usan, Kuching ke Hotel TreePark, Banjarmasin adalah 1595 km.
Total distance covered = 1595 km

Bersambung ke Day 5 BORNEO UNITY RIDE 2017

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...