Wednesday 20 September 2017

Day 5 BORNEO UNITY RIDE 2017 Banjarmasin Tour

Hari ini merupakan hari rehat, tanpa riding ke mana-mana setelah empat hari berturut-turut menunggang jentera masing-masing. Namun itu tidak bermakna tiada apa-apa aktiviti yang dijalankan pada hari ini. Seawal jam 6.00 pagi kami menaiki van ke jeti Sungai Martapura untuk melihat Pasar Terapung Sungai Martapura, Banjarmasin. Kami sampai di jeti jam 6.30 pagi. Pasar terapung ini terletak kira-kira satu jam perjalanan dengan bot dari jeti Sungai Martapura.

Berselfie di jeti Sungai Martapura

Jeti Banjarmasin Wisatasungai
Di jeti, kami menaiki sebuah bot yang telah tersedia menunggu. Walau bagaimanapun untuk masuk ke dalam bot, seseorang perlu merangkak kerana ruangan dalam bot hanya cukup untuk bersila sahaja, jika berdiri kepada akan terhantuk ke bumbung bot.

Cara masuk ke ruangan dalam bot
Ruangan dalam bot 
Di sepanjang perjalanan wisata sungai Martapura ini, kelihatan rumah-rumah air di kiri dan kanan tebing sungai dengan kedudukannya sangat rapat di antara satu sama lain. Ketika menyusuri sungai kelihatan penduduk-penduduk menjalankan aktiviti pagi seperti menggosok gigi, mandi, dan membasuh pakaian menggunakan air dari sungai. Keadaan rumah-rumah air ini adalah daif. Walau bagaimanapun terdapat banyak surau di kiri dan kanan melambangkan kepatuhan orang-orang Banjar ini kepada Islam.

Bersila sahaja - tiada kerusi empuk

Di buritan bot

Deretan rumah air
Air sungai tidak berapa jernih

Keadaan rumah nampak daif

Surau merupakan pandangan biasa wisatasungai

Chief Marshall - tempat ni best!

Jambatan merentangi Sungai Martapura
Menghirup udara pagi yang segar?
Setelah hampir sejam menyusuri sungai kamipun sampai ke pasar terapung. Perahu-perahu kecil yang kebanyakannya didayung oleh wanita datang mengerumuni bot sambil melaungkan jualan masing-masing. Barangan yang dijual adalah hampir sama iaitu hasil pertanian seperti pisang, cili api, limau, epal Banjarmasin, juga hasil sungai seperti ikan sepat ronggeng, dan makanan seperti nasi kuning dan kuih-muih serta hasil kraftangan seperti keranjang (bakul mengkuang) pelbagai saiz.

Perahu penjual mula merapati bot

Dari atas bot



Yuk...dayung terus dayung...

Seni menyusun perahu


Makin lama makin banyak perahu yang merapati bot

Kopi hitam satu buk
Pemandangan dari dalam bot
Pelanggan boleh duduk di atas perahu
Saya membeli buah limau sekilo dengan harga yang ditawarkan Rp20,000, sebungkus nasi kuning berharga Rp7,000, dan sepaket tempe goreng berharga Rp5,000 serta secawan kopi hitam berharga Rp3,000. Pasar terapung ini sebenarnya telah ada semenjak zaman kerajaan Banjar lagi.

Kopi hitamnya memang enak

Nasi kuning berlauk ikan gabus @ haruan

Penjual tak jemu-jemu memujuk pelanggan berbelanja
Selepas meluangkan masa sehingga jam 8.00 pagi di pasar terapung, bot kamipun bergerak balik ke jeti. Di dalam perjalanan balik yang mengambil masa lebih kurang sejam, ada di antara kami yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata.

Rehat dulu, sejam lagi nak sampai jeti
Layan ngantuk....

Tiba di jeti jam 8.37 pagi

Suatu ketika dulu pasar terapung diadakan di jeti Sungai Martapura ini
Pasar Terapung Siring Sungai Martapura - dahulu
Sesampai di jeti kami berjalan kaki ke dataran bersebelahan yang menempatkan patung Bekantan yang merupakan satu ikon baharu di Banjarmasin. Bekantan adalah sejenis spesies monyet yang terdapat di hutan-hutan di Kalimantan Selatan. Haiwan yang unik ini mempunyai hidung yang panjang, rambut coklat kemerahan. Bekantan dipilih sebagai maskot fauna Kalimantan Selatan.

Mengabadikan bekantan

Bersama Jalil dan Md Nor
Patung bekantan ini yang tingginya 6.5 meter dibina dengan kos Rp 6,5 milliar sedang duduk menggaru kepala sambil memegang buah rambai turut menghamburkan air dari mulutnya ke Sungai Martapura menjadi satu tarikan baharu kepada penduduk-penduduk Kalimantan Tengah dan pengunjung-pengunjung dari luar negara ke Banjarmasin. Buah rambai merupakan makanan kegemaran bekantan.

Berdekatan patung bekantan ini adalah satu jambatan yang merentangi sungai dinamakan Jambatan Suriansyah. Suriansyah adalah Raja Banjar yang pertama di Banjarmasin. Binaan jambatan ini serupa di mana-mana di Kalimantan, mungkin mengikut model yang sama dibina oleh jurutera dan arkitek yang sama. Wallahuaaklam bissawab.

Jambatan Suriansyah
Kami turut mengunjungi kedai-kedai atau toko-toko yang berdekatan sambil membeli-belah.

Mencari kedai cermin mata

Suasana di kedai cermin mata

Melihat topi 

Belanja jamu Pak!

Merasai air kelapa ori Banjarmasin
Setelah melawat kawasan di persekitaran jeti, kami dibawa ke Gambut untuk menikmati nasi bebek di Warung Tenda Biru dan tiba jam 2.00 petang. Saya memesan nasi telur bebek sahaja manakala minuman teh O sahaja yang disediakan. Harganya Rp20,000 sahaja. Warung Tenda Biru ini sangat terkenal dengan nasi bebeknya tetapi suasana di dalam warung adalah panas kerana tiada kipas di sini.

Warung Tenda Biru dengan nasi bebek Gambut

Selepas makan siang di Warung Tenda Biru, kami dibawa ke kota kecil Martapura yang terletak 45 km di sebelah timur Banjarmasin. Martapura terkenal dengan jolokan kota yang "berkilauan" kerana di sini terdapat banyak batu permata yang berkualiti. Martapura turut dikenali sebagai Serambi Mekah Kalimantan.

Solat Asar dan jamak qasar di musolla 
Suafoto bersama sebahagian jemaah musolla
Bergambar bersama imam Musolla Al-Jihad
Musolla Al-Jihad, Martapura
Setelah selesai solat kami menjenguk satu kedai ke satu kedai sambil membeli jika terjumpa sesuatu yang menarik untuk dibawa pulang sebagai oleh-oleh.

Mercu tanda Martapura - gerbang berukir

Kompleks kedai batu permata yang terkenal - Sentra Kerajinan Batu Permata
Suafoto di lukisan Martapura

Peniaga-peniaga turut menjual di kawasan parkir

Papan tanda peringatan mesra kepada pengunjung

Bergambar kenangan

Kenderaan diplomat

Universiti di seberang jalan


Universitas Lambung Mangkurat

Kedai peralatan kembara di Bangunan Kalibre
Pada sebelah malamnya diadakan satu majlis makan malam di Intro Bistro, Hotel TreePark bersama Bikers Banjarmasin manakala tetamu kehormat adalah isteri Pak Adi. Pak Adi tidak dapat hadir kerana menjalani ekspedisi di Himalaya.

Sembang santai dengan bikers Banjarmasin
Mendengar alunan muzik dan nyanyian sambil makan malam

Isteri Pak Adi turut hadir

Ucapan selamat datang dari bikers Bamjarmasin

Persahabatan - Cenderamata dari Presiden ke Presiden

Rasa Malaysia

Intro Bistro - kafe santai hotel

Bergambar kenangan bersama Bikers Banjarmasin

Masuk beradu di kamar 107
Bersambung .........

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...