Monday 18 September 2017

Day 3 BORNEO UNITY RIDE 2017: Balai Berkuak ke Sampit

Perjalanan hari ketiga Borneo Unity Ride 2017 agar mencabar kerana jarak perjalanan yang agak jauh iaitu 605 km. Seawal 6.30 pagi kami memulakan konvoi hari ketiga.

Hotel The Virgo, Balai Berkuak

Siap sedia untuk bergerak ke Sampit

Tampal poster Borneo Unity Ride 2017

Dah siap tampal.....baru gah gitu...

Suafoto dengan Nolan jap
Oleh kerana pihak Hotel tidak menyediakan sarapan pagi, kami berhenti sarapan di sebuah rumah makan bersebelahan kedai Meubel Bukit Keruat, Ketapang jam 8.00 pagi. Menu yang ada adalah nasi berlauk dan minuman panas.

Rumah makan di sebelah kedai Meubel ini

Tempe goreng, telur dadar, sayur - menu simple Kalimantan

Burung unta? turut dijual bersebelahan Rumah Makan

Saudara Wahyu, penjual anak pokok bermotosikal

Selepas bersarapan, kami mengisi petrol di Pertamina Ketapang. (IR 75,000 untuk Versys 650) dan meneruskan perjalanan menuju batas Kalbar-Kalteng (sempadan Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah). Selepas beberapa jam berkonvoi berselang-seli menuruni dan menaiki kawasan berbukit-bukit, kami sampai ke batas Kalbat-Kalteng sekitar jam 11.15 pagi. Kami mengambil peluang untuk bergambar di sempadan Kalimantan Barat dan Kalimantan Tengah serta berhenti rehat dan makan bagi mengumpul tenaga untuk meneruskan perjalanan seterusnya.

Mercu tanda Kalimantan Barat - tugu pahlawan Dayak

Gerbang sempadan.
Perbatasan Kalbat-Kalteng ini terletak di kawasan tanah tinggi dengan suhunya yang nyaman seumpama di Genting Highlands. Terdapat beberapa deretan kedai di kiri dan kanan jalan menjadikan kawasan ini sebagai kawasan RnR bagi kenderaan-kenderaan yang lalu-lalang merentas kedua-dua provinsi Kalbat dan Kalteng. Makanan ringan seperti amplang turut dijual di sini. Uniknya amplang ini dibuat daripada ikan sungai bukannya diperbuat daripada  ikan parang seperti mana di Sabah.

Amplang ikan sungai
Indomie goreng bersama telur dadar. Paling enak bila perut sangat lapar.


Minuman bertenaga M-ISO seperti Red Bull

Tiga puluh ribu rupiah  kos makanan tadi beserta minuman

Sticker N9 Bikers ditampal di RM perbatasan

Sebuah lagi rumah makan, RM Barokh Adonai di perbatasan
Selepas bergerak lebih kurang 400 km dari Hotel Virago, kami berhenti rehat melepaskan lelah di Simpang Runtu jam 5.00 petang. Jarak perjalanan ke destinasi di Sampit berbaki 197 km, manakala hari pula hampir senja.

Billboard di Simpang Runtu

Suasana di Simpang Runtu

Bergambar ramai di Jalan Simpang Runtu
Kami meneruskan perjalanan dalam keadaan hampir malam dan meredah malam dengan kelajuan perlahan. Sesampainya kami di Sampit, lebih kurang jam 9.00 malam, kami dieskot oleh bikers moto bebek, Honda Scoopy Sampit ke sebuah restoran untuk makan malam dan seterusnya ke tempat penginapan.

Nenk Ratih, Presiden Scoopy Sampit Scoos #001
Selepas selesai makan malam, kami mengisi petrol di Pertamina Sampit (IR 100,000) dan kemudian dieskot oleh bikers Sampit, Scoopy Sampit Scoos dan Yamaha Mio Bikers ke tempat penginapan di Hotel Werra.


Bersambung...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...