Wednesday 23 August 2017

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2017

Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Ogos hingga 16 September 2017 bertempat di persekitaran sekolah. Berbagai aktiviti telah dirancangkan oleh panitia sejarah dan guru-guru bidang Kemanusiaan yang dipimpin oleh En.Zulkifli bin Mohd Yusof, Ketua Bidang Kemanusiaan.


Majlis bacaan Yasin telah diadakan pada hari Jumaat, 18 Ogos 2017 bertempat di Dewan Cenderawasih diikuti oleh Pelancaran Jalur Gemilang.

Ucapan pelancaran program oleh YB Senator Datuk Chong Sin Woon
Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 peringkat sekolah turut diwarnai dengan Program Semarak Negaraku Sehati Sejiwa peringkat Parlimen Seremban, satu usaha kolaboratif di antara Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban dan Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan, NBOS. Program Semarak Negaraku Sehati Sejiwa yang dilancarkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II diadakan di SMK Warisan Puteri, Seremban.

Penyerahan Jalur Gemilang daripada Timbalan Menteri kepada Pengetua

Timbalan Menteri Pendidikan II melepaskan 6 ekor burung merpati sembolik 60 tahun kemerdekaan

Tetamu khas bergambar bersama staf SMK Warisan Puteri
Antara aktiviti-aktiviti sambutan Bulan Kebangsaan 2017 peringkat sekolah adalah pertandingan kelas patriotik, pertandingan mewarna poster, pertandingan memancing, pertandingan mereka cipta wau, pertandingan swafoto Merdeka, pertandingan permainan tradisional, pertandingan sepak raga bulatan dan kempen mengibar Jalur Gemilang.


Boling kelapa

1 comment:

  1. Assalamualaikum cikgu khalid. Saya anak murid SMK Warisan Puteri. Saya ada permintaan. Bolehkah cikgu drop kan no.cikgu zulkifli di sini untuk saya? Saya berharap cg tolong. Harap cikgu balas secepat yg mungkin. Terima kasih

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...