Wednesday 29 December 2010

Perjuangan diteruskan lagi

Kamar Permuafakatan SMK Pasoh 2
Hari ini mesyuarat guru kali pertama untuk sesi persekolahan tahun 2011 telah dapat disempurnakan. Setinggi-tinggi penghargaan dantahniah kepada semua guru yang telah berusaha dengan gigih sepanjang sesi persekolahan 2010 sehingga terciptanya sejarah baru kepada SMK Pasoh 2. Alhamdulillah keputusan PMR 2010 sekali lagi berjaya melahirkan pelajar cemerlang 8A buat kali kedua untuk SMK Pasoh 2 selepas Normazila Emilia binti Mohd Ali Zam menjadi pelajar pertama mendapat semua A (8A) pada tahun 2007. Empat tahun berturut-turut sejak 2007 SMK Pasoh 2 berjaya meningkatkan prestasi dengan menurunkan GPS sekolah. PMR 2010 mencipta sejarah apabila kali pertama sekolah mendapat GPS di bawah 3.00. Tahniah! Tahniah! Tahniah!

1 comment:

  1. tahniah atas usaha warga smk pasoh 2.semoga terus cemerlang.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...