Monday 27 December 2010

Boringnya..

Konvo UKM 1990
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.Laman blogspot ini dicipta beberapa jam selepas terciptanya laman blog puteri kesayangan kami Nazura Hanim. Rasa boring duduk depan notebook ini sambil menyiapkan Powerpoint untuk Mesyuarat Guru Kali Pertama Tahun 2011 yang akan berlangsung pada Rabu  29 Disember 2010 nanti. Dari pagi hingga petang tadi, menghadiri mesyuarat pembukaan sekolah sesi 2011 di PPD Jempol dan Jelebu. Tahniah kepada semua pengetua daerah Jempol dan Jelebu yang berjaya menaikkan prestasi PMR 2010 PPD Jempol dan Jelebu. Kini daerah Jempol dan Jelebu bukan lagi penentu kemerosotan prestasi PMR Negeri Sembilan. Tohmahan itu harus dihentikan!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...