|
Sambutan oleh SMAN 1 Sawahlunto |
Kunjungan ke SMA Negeri 1 Sawahlunto, Sumatera Barat merupakan salah satu aktiviti Kembara Majlis Pengetua Sekolah Malaysia Negeri Sembilan (MPSM NS) dengan bermotosikal di Sumatera Barat dari 26 hingga 30 Mac 2019 bertujuan memperkenalkan MPSM kepada pendidik di Sumatera Barat di samping mengadakan jaringan antarabangsa serta melihat keistimewaan sekolah-sekolah di Sumatera Barat yang merupakan tanah Minangkabau.
|
Papan tanda Sawahlunto |
Di SMA Negeri 1 Sawahlunto, rombongan disambut dengan tarian selamat datang tradisi budaya Minangkabau. Pengetua Warisan selaku ketua rombongan dan 3 orang lagi pengetua Negeri Sembilan dan 3 orang guru dipelawa memakan sireh yang dibawa oleh penari-penari yang terdiri daripada pelajar-pelajar sekolah rujukan ini.
Selepas bergambar bersama-sama, rombongan dibawa ke bilik guru / bilik mesyuarat untuk mendengar ucapan dan taklimat daripada Kepala Sekolah (Pengetua) SMAN 1 Sawahlunto, Doktoranda Sri Sumarni. Pengetua Warisan memberikan ucapan balas bagi pihak peserta rombongan.
|
Barisan lima kepala sekolah |
|
Suasana bilik guru - kipas di tengah-tengah |
Selepas itu diadakan majlis menandatangani sijil penghargaan dan pemberian cenderamata. Kemudian peserta dibawa melawat persekitaran luar sekolah, melihat tapak semaian pertanian, kolam penternakan ikan yang menjadi kebitaraan sekolah dan perpustakaan sekolah.
|
Menandatangani memorandum persefahaman |
|
Penyampaian cenderamata kepada Kepala Sekolah SMAN 1 Sawahlunto |
|
Perpustakaan sekolah |
Perpustakaan Sekolah Menengah Atas Negeri 1 Sawahlunto tidaklah berapa luas berbanding perpustakaan SMK Warisan Puteri, begitu juga bilangan koleksi bukunya. Perpustakaan ini juga tidak dilengkapi kipas angin mahupun pendingin udara. Namun apa yang menarik adalah terdapat seorang Ketua Pustakawan dan dua orang pustakawan yang memiliki diploma bertugas di sekolah ini.
|
Bergambar ramai bersama staf sekolah - guru dan bukan guru. |
Sebelum meninggalkan sekolah, Haji Ezaiddin Hussain, Pengetua SMK Dato Abdul Samad, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah, EXCO MPSM Negeri Sembilan mewakili MPSM Negeri Sembilan telah menyampaikan sedikit sumbangan kepada Puan Sri Sumarni, Kepala Sekolah SMA Negeri 1 Sawahlunto.
Dengan terbinanya jaringan ini, diharapkan pada masa akan datang pelajar-pelajar SMK Warisan Puteri dan guru-guru dapat berkunjung ke sekolah ini. Pengetua juga telah mempelawa Kepala Sekolah dan guru-guru serta pelajar-pelajar SMA Negeri 1 Sawahlunto untuk mengunjungi SMK Warisan Puteri. Tambahan pula Negeri Sembilan dan Tanah Minangkabau mempunyai hubungan sejarahnya yang tersendiri.
Berita kunjungan rombongan turut diterbitkan oleh salah seorang guru SMA Negeri 1 Sawahlunto, Yanderina Fajarini di blognya. Rujuk
http://yanderinafajarini.gurusiana.id/article/kunjungan-dari-negeri-sembilan-malaysia-859725
No comments:
Post a Comment