Alhamdulillah hari ini diberi Allah kesempatan untuk mengemaskini blog yang telah bersawang ini. Sangat sesuailah perkataan laman sesawang digunakan bagi menggantikan kata asal webpage. Entri kali ini adalah berkaitan dengan Seminar Nasional Pegurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-24 yang saya hadiri dari 8 hingga 10 Ogos 2017. Pendaftaran dan taklimat kepada peserta bermula pada Isnin 7 Ogos 2017.
|
Bersama Dr. Haji Zainal Aaalam, Pengarah IAB dan Hjh Ramona Rosli, Pengetua SMK Pendet Zaba, Seremban |
|
Bersama sahabat NPQH Cohort 1 1999, Azman Adnan, Timbalan Pengarah JPN Johor |
|
Bersama Dr. Abang Hut Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak |
Tema seminar adalah "Transformasi Pemikiran Pemimpin Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Abad Ke-21" dengan lima subtema iaitu:
- Pemikiran strategik: Satu keperluan ke arah bina upaya kepimpinan berprestasi tinggi
- Pemimpin berpemikiran keusahawanan mampu mendepani cabaran
- Kepimpinan sekolah mencetuskan pemikiran futuristik ke arah pendidikan bertaraf dunia
- Pemikiran berwawasan: Asas perubahan organisasi ke arah budaya kerja cemerlang
- Keupayaan pemimpin pendidikan berpemikiran sistemik dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pengurusan orgaisasi.
|
Barisan kepimpinan MPSM Kebangsaan |
Seminar Nasional Ke-24 ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan pada Selasa, 8 Ogos 2017. Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia.
|
AJK MPSM Kebangaan bersama Menteri Pendidikan |
|
AJK MPSM Kebangaan bersama KSU KPM |
|
|
AJK MPSM Kebangsaan bersama Tan Sri Dr. Khair, KPPM |
No comments:
Post a Comment