Wednesday, 23 August 2017

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2017

Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Ogos hingga 16 September 2017 bertempat di persekitaran sekolah. Berbagai aktiviti telah dirancangkan oleh panitia sejarah dan guru-guru bidang Kemanusiaan yang dipimpin oleh En.Zulkifli bin Mohd Yusof, Ketua Bidang Kemanusiaan.


Majlis bacaan Yasin telah diadakan pada hari Jumaat, 18 Ogos 2017 bertempat di Dewan Cenderawasih diikuti oleh Pelancaran Jalur Gemilang.

Ucapan pelancaran program oleh YB Senator Datuk Chong Sin Woon
Sambutan Bulan Kebangsaan 2017 peringkat sekolah turut diwarnai dengan Program Semarak Negaraku Sehati Sejiwa peringkat Parlimen Seremban, satu usaha kolaboratif di antara Kementerian Pendidikan Malaysia melalui Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban dan Biro Tata Negara, Jabatan Perdana Menteri melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan, NBOS. Program Semarak Negaraku Sehati Sejiwa yang dilancarkan oleh Yang Berhormat Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II diadakan di SMK Warisan Puteri, Seremban.

Penyerahan Jalur Gemilang daripada Timbalan Menteri kepada Pengetua

Timbalan Menteri Pendidikan II melepaskan 6 ekor burung merpati sembolik 60 tahun kemerdekaan

Tetamu khas bergambar bersama staf SMK Warisan Puteri
Antara aktiviti-aktiviti sambutan Bulan Kebangsaan 2017 peringkat sekolah adalah pertandingan kelas patriotik, pertandingan mewarna poster, pertandingan memancing, pertandingan mereka cipta wau, pertandingan swafoto Merdeka, pertandingan permainan tradisional, pertandingan sepak raga bulatan dan kempen mengibar Jalur Gemilang.


Boling kelapa

Wednesday, 9 August 2017

SEMINAR NASIONAL PENGURUSAN DAN KEPIMPINAN PENDIDIKAN KE-24

Alhamdulillah hari ini diberi Allah kesempatan untuk mengemaskini blog yang telah bersawang ini. Sangat sesuailah perkataan laman sesawang digunakan bagi menggantikan kata asal webpage. Entri kali ini adalah berkaitan dengan Seminar Nasional Pegurusan dan Kepimpinan Pendidikan Ke-24 yang saya hadiri dari 8 hingga 10 Ogos 2017. Pendaftaran dan taklimat kepada peserta bermula pada Isnin 7 Ogos 2017. 
Bersama Dr. Haji Zainal Aaalam, Pengarah IAB dan Hjh Ramona Rosli, Pengetua SMK Pendet Zaba, Seremban


Bersama sahabat NPQH Cohort 1 1999, Azman Adnan, Timbalan Pengarah JPN Johor

Bersama Dr. Abang Hut Abang Engkeh, Pengarah IAB Cawangan Sarawak
Tema seminar adalah "Transformasi Pemikiran Pemimpin Ke Arah Kecemerlangan Pendidikan Abad Ke-21" dengan lima subtema iaitu:
  1. Pemikiran strategik: Satu keperluan ke arah bina upaya kepimpinan berprestasi tinggi
  2. Pemimpin berpemikiran keusahawanan mampu mendepani cabaran
  3. Kepimpinan sekolah mencetuskan pemikiran futuristik ke arah pendidikan bertaraf dunia
  4. Pemikiran berwawasan: Asas perubahan organisasi ke arah budaya kerja cemerlang
  5. Keupayaan pemimpin pendidikan berpemikiran sistemik dalam usaha meningkatkan kecemerlangan pengurusan orgaisasi.
Barisan kepimpinan MPSM Kebangsaan
Seminar Nasional Ke-24 ini telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mahdzir bin Khalid, Menteri Pendidikan pada Selasa, 8 Ogos 2017. Turut hadir adalah Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan pegawai-pegawai tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia.

AJK MPSM Kebangaan bersama Menteri Pendidikan

AJK MPSM Kebangaan bersama KSU KPM
AJK MPSM Kebangsaan bersama Tan Sri Dr. Khair, KPPM




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...