Pada hari Sabtu 9 Julai 2011 ini semua sekolah di Negeri Sembilan akan melancarkan secara serentak program Bulan Kecergasan jam 8.00 pagi. Demikian dimaklumkan oleh Tuan Abdul Halim bin Abdul Razak, Pengarah Pelajaran Negeri Sembilan pada taklimat kepada semua pengetua dan guru besar sekolah Negeri Sembilan di Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban petang semalam.
Objektif Bulan Kecergasan Kementerian Pelajaran peringkat Negeri Sembilan adalah:
- Menarik minat pelajar,menyediakan peluang dan menggalakkan mereka menyertai aktiviti-aktviti sukan, rekreasidan kecergasan dengan tujuan bagi melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat.
- Menanam serta memupuk kesedaran secara mendalam kepada masyarakat khsusnya pelajar terhadap nilai-nilai positif yang terdapat dalam aktiviti sukan dan rekreasi serta bagaimana nilai-nilai ini dapat membantu ke arah melahirkan masyarakat yang cergas dan sihat.
- Menjalinkan ikatan perpaduan, memperluaskan pergaulan dan memupuk interaksi yang sihat dalam kalangan pelajar berbagai kaum ke arah melahirkan satu bangsa dan negara yang kuat melalui aktiviti sukan.
Bil. | Minggu Pelaksanaan | Aktiviti | Kumpulan Sasaran/Catatan |
1. | Pertama |
| Peringkat sekolah |
2. | Kedua |
| Peringkat sekolah |
3. | Ketiga |
| Peringkat sekolah |
4. | Keempat |
| Peringkat PPD Peringkat Negeri |
No comments:
Post a Comment