Alhamdulillah pada 4 hingga 8 Jun 2011, saya telah berkesempatan mengetuai rombongan PKG Lui, Jempol dalam program lawatan pengintegrasian teknologi dan budaya dalam pengajaran dan pembelajaran ke arah pembestarian pendidikan di Kuching, Sarawak Bumi Kenyalang. Sepanjang lawatan selama 5 hari 4 malam kami telah menginap di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sarawak di Kota Samarahan. Kediaman kami itu dinamakan Baruk Kenyalang. Baruk adalah bahasa tempatan yang bermaksud pondok. Lawatan ini adalah kesinambungan daripada lawatan kembara kajian tindakan inovasi di Sabah pada tahun 2009 yang lalu. BTPN Sabah dinamakan Serudung Bayu. Eloklah kita namakan BTPN kita di Negeri Sembilan dengan nama tempatan juga. Saya mencadangkan Teratak Perpateh kepada BTPN Negeri Sembilan.
Selaku ketua rombongan, saya bagi semua ahli rombongan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji A.Wahed bin Rosli, Ketua Penolong Pengarah BTPN Sarawak dan barisan staf beliau yang sudi menerima kunjungan kami dan menyediakan tempat penginapan di BTPN Sarawak. Terima kasih tuan! Keenakan nasi dabai dan kueh selorot yang dihidangkan kepada kami sentiasa menjadi ingatan para peserta.
Objektif lawatan ini adalah untuk menghasilkan pembelajaran berasaskan projek (PBL-Project-Based Learning) bagi tujuan pembelajaran dengan bantuan teknologi pendidikan. Rombongan lawatan terdiri daripada 3 orang pengetua, 5 orang guru besar, penolong-penolong kanan, guru perpustakaan dan media, penyelaras bestari serta turut disertai oleh 11 orang murid - 6 daripada sekolah rendah dan 5 orang daripada sekolah menengah. Pelajar-pelajar ini dibawa ke kilang kek lapis Dayang Salhah dan Kampung Budaya Sarawak di Santubong supaya dapat mengambil foto, merakam perbualan dan menemubual kakitangan kedua-dua tempat. Rakaman ini kemudian dimuatkan dalam projek mereka. Bahan-bahan ini juga diolah untuk dipersembahkan dengan perisian movie maker.
Selaku ketua rombongan, saya bagi semua ahli rombongan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji A.Wahed bin Rosli, Ketua Penolong Pengarah BTPN Sarawak dan barisan staf beliau yang sudi menerima kunjungan kami dan menyediakan tempat penginapan di BTPN Sarawak. Terima kasih tuan! Keenakan nasi dabai dan kueh selorot yang dihidangkan kepada kami sentiasa menjadi ingatan para peserta.
Di hadapan kilang kek lapis Dayang Salhah di Demak |
Gambar-gambar di sepanjang program ini boleh dilihat di http://galerihamidon.blogspot.com/2011/06/pkg-lui-ke-kuching-4-jun-2011.html
No comments:
Post a Comment