Hari ini merupakan hari rehat, tanpa riding ke mana-mana setelah empat hari berturut-turut menunggang jentera masing-masing. Namun itu tidak bermakna tiada apa-apa aktiviti yang dijalankan pada hari ini. Seawal jam 6.00 pagi kami menaiki van ke jeti Sungai Martapura untuk melihat Pasar Terapung Sungai Martapura, Banjarmasin. Kami sampai di jeti jam 6.30 pagi. Pasar terapung ini terletak kira-kira satu jam perjalanan dengan bot dari jeti Sungai Martapura.
|
Berselfie di jeti Sungai Martapura |
|
Jeti Banjarmasin Wisatasungai |
Di jeti, kami menaiki sebuah bot yang telah tersedia menunggu. Walau bagaimanapun untuk masuk ke dalam bot, seseorang perlu merangkak kerana ruangan dalam bot hanya cukup untuk bersila sahaja, jika berdiri kepada akan terhantuk ke bumbung bot.
|
Cara masuk ke ruangan dalam bot |
|
Ruangan dalam bot |
Di sepanjang perjalanan wisata sungai Martapura ini, kelihatan rumah-rumah air di kiri dan kanan tebing sungai dengan kedudukannya sangat rapat di antara satu sama lain. Ketika menyusuri sungai kelihatan penduduk-penduduk menjalankan aktiviti pagi seperti menggosok gigi, mandi, dan membasuh pakaian menggunakan air dari sungai. Keadaan rumah-rumah air ini adalah daif. Walau bagaimanapun terdapat banyak surau di kiri dan kanan melambangkan kepatuhan orang-orang Banjar ini kepada Islam.
|
Bersila sahaja - tiada kerusi empuk |
|
Di buritan bot |
|
Deretan rumah air |
|
Air sungai tidak berapa jernih |
|
Keadaan rumah nampak daif |
|
Surau merupakan pandangan biasa wisatasungai |
|
Chief Marshall - tempat ni best! |
|
Jambatan merentangi Sungai Martapura |
|
Menghirup udara pagi yang segar? |
Setelah hampir sejam menyusuri sungai kamipun sampai ke pasar terapung. Perahu-perahu kecil yang kebanyakannya didayung oleh wanita datang mengerumuni bot sambil melaungkan jualan masing-masing. Barangan yang dijual adalah hampir sama iaitu hasil pertanian seperti pisang, cili api, limau, epal Banjarmasin, juga hasil sungai seperti ikan sepat ronggeng, dan makanan seperti nasi kuning dan kuih-muih serta hasil kraftangan seperti keranjang (bakul mengkuang) pelbagai saiz.
|
Perahu penjual mula merapati bot |
|
Dari atas bot |
|
Yuk...dayung terus dayung... |
|
Seni menyusun perahu |
|
Makin lama makin banyak perahu yang merapati bot |
|
Kopi hitam satu buk |
|
Pemandangan dari dalam bot |
|
Pelanggan boleh duduk di atas perahu |
Saya membeli buah limau sekilo dengan harga yang ditawarkan Rp20,000, sebungkus nasi kuning berharga Rp7,000, dan sepaket tempe goreng berharga Rp5,000 serta secawan kopi hitam berharga Rp3,000. Pasar terapung ini sebenarnya telah ada semenjak zaman kerajaan Banjar lagi.
|
Kopi hitamnya memang enak |
|
Nasi kuning berlauk ikan gabus @ haruan |
|
Penjual tak jemu-jemu memujuk pelanggan berbelanja |
Selepas meluangkan masa sehingga jam 8.00 pagi di pasar terapung, bot kamipun bergerak balik ke jeti. Di dalam perjalanan balik yang mengambil masa lebih kurang sejam, ada di antara kami yang mengambil kesempatan untuk melelapkan mata.
|
Rehat dulu, sejam lagi nak sampai jeti |
|
Layan ngantuk.... |
|
Tiba di jeti jam 8.37 pagi |
|
Suatu ketika dulu pasar terapung diadakan di jeti Sungai Martapura ini |
|
Pasar Terapung Siring Sungai Martapura - dahulu |
Sesampai di jeti kami berjalan kaki ke dataran bersebelahan yang menempatkan patung Bekantan yang merupakan satu ikon baharu di Banjarmasin. Bekantan adalah sejenis spesies monyet yang terdapat di hutan-hutan di Kalimantan Selatan. Haiwan yang unik ini mempunyai hidung yang panjang, rambut coklat kemerahan. Bekantan dipilih sebagai maskot fauna Kalimantan Selatan.
|
Mengabadikan bekantan |
|
Bersama Jalil dan Md Nor |
Patung bekantan ini yang tingginya 6.5 meter dibina dengan kos Rp 6,5 milliar sedang duduk menggaru kepala sambil memegang buah rambai turut menghamburkan air dari mulutnya ke Sungai Martapura menjadi satu tarikan baharu kepada penduduk-penduduk Kalimantan Tengah dan pengunjung-pengunjung dari luar negara ke Banjarmasin. Buah rambai merupakan makanan kegemaran bekantan.
Berdekatan patung bekantan ini adalah satu jambatan yang merentangi sungai dinamakan Jambatan Suriansyah. Suriansyah adalah Raja Banjar yang pertama di Banjarmasin. Binaan jambatan ini serupa di mana-mana di Kalimantan, mungkin mengikut model yang sama dibina oleh jurutera dan arkitek yang sama. Wallahuaaklam bissawab.
|
Jambatan Suriansyah |
Kami turut mengunjungi kedai-kedai atau toko-toko yang berdekatan sambil membeli-belah.