Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan tahniah kepada rakan-rakan pengetua dan staf mereka di 20 buah sekolah menengah Negeri Sembilan yang terpilih mengikuti Program Pembangunan Prestasi Sekolah (SIP - School Improvement Program di Permai Inn International, Jalan Sultan Mahmud, Terengganu bermula 21 hingga 24 Februari 2011. Di bawah inisiatif NKRA Pendidikan, dinyatakan SIP ini bertujuan untuk membantu sekolah berprestasi rendah meningkatkan prestasi masing-masing. Sekolah-sekolah yang berada di band 6 dan band 7 pada ranking 2010 yang lalu dipilih untuk dilibatkan dalam program ini.
Tahniah juga kepada rakan-rakan pengetua cemerlang dalam Majlis Pengetua Cemerlang Kebangsan Cawangan Negeri Sembilan, MPCK CNS iaitu Pn. Hjh Hamidah bt Burok dari SMK Yam Tuan Radin, Lukut, Pn. Hjh Radziah bt Abdul Samad dari SMAP Labu, En. Zakaria bin Sapri dari SSN SMK Za'ba, dan Pn. Hjh. Radiah bt Jonet dari SMK Jelai Kuala Pilah yang terpilih sebagai SIPartner. Ooops! macamana nak sebut perkataaan ni: SIPartner? S I Partner ke? atau SIP Partner? Sememangnya salah satu agenda MPCK Negeri Sembilan adalah untuk membantu sekolah-sekolah di Negeri Sembilan yang berada di band 6 dan band 7 meskipun kaedah pengiraan skor komposit yang menentukan ranking itu boleh dipertikaikan.
Beberapa rakan pengetua pernah mencadangkan supaya peratus GPS SPM yang tinggi melebihi GPS PMR yang diambilkira dalam skor komposit GPS adalah tidak kena. Ini kerana walaupun GPS sekolah tersebut menurun tahun demi tahun dalam PMR (GPS menurun menunjukkan prestasi akademik bertambah baik), pelajar-pelajar yang cemerlang PMR ini lazimnya akan keluar meninggalkan sekolah untuk memasuki sekolah-sekolah berasrama penuh, MRSM, sekolah teknik dan vokasional. Maka baki pelajar yang sederhana dan rendah pencapaiannya inilah yang tinggal di sekolah dan akan mengambil peperiksaan SPM dua tahun lagi. Jika difikirkan secara serius dengan membuat refleksi yang kritikal, pandangan ini ada kebenarannya. Sewajarlah perbandingan di antara sekolah dibuat mengikut satu peperiksaan standard sahaja. Seandainya ranking sekolah disusun semula berdasarkan GPS PMR sahaja, sudah pasti kedudukan sekolah-sekolah ini akan berbeza kerana sekolah-sekolah ini dapat bertanding di padang yang sama. Tentulah agak janggal membandingkan sebuah MyVi dengan sebuah Camry meskipun fungsi kedua-duanya sama iaitu membawa seseorang atau sebilangan orang dari satu tempat ke satu tempat.
Penulisan ini bukan berniat untuk menjatuhkan kredibiliti rakan-rakan pengetua yang terlibat dalam program ini, malah saya berharap saya diberi peluang menyertainya. Ampun dan maaf saya pinta jika hati dan perasaan rakan-rakan pengetua yang menjadi peserta program terusik. Tiada pengetua yang tidak mahu sekolahnya maju, tiada guru yang tidak mahu muridnya pandai. Malah saya kagum dengan kegigihan beberapa rakan saya yang bertungkus-lumus memikir, berusaha dan bertindak untuk memajukan sekolah, namun prestasi murid masih tidak meningkat.
Di sekolah-sekolah kita, isu murid ponteng kelas dan ponteng sekolah memang tidak pernah ada titik noktahnya. Kalau murid tiada di sekolah atau di dalam kelas, bagaimana mereka boleh menimba ilmu. Di beberapa sekolah ada ibubapa dan penjaga yang menelefon guru meminta guru datang ke rumah untuk memujuk anak mereka pergi ke sekolah. Hal seperti ini tidak pernah berlaku sewaktu kita menjadi murid dahulu. Pada ketika itu, tiada murid yang berani ponteng sekolah kerana ibubapa akan cepat bertindak sama ada memarahi atau menghukum murid. Tetapi inilah sebahagian daripada realiti keadaan murid kita di hari ini ditambah lagi dengan sikap segelintir ibubapa yang cepat melatah apabila anak mereka disentuh. Peratus kehadiran murid di beberapa sekolah Felda misalnya jarang-jarang mencapai 100% bagi keseluruhan kelas. Mungkin pemberian insentif kepada murid-murid yang hadir dapat mengatasi masalah ketidakhadiran murid.

Program ini sebenarnya merupakan satu peluang yang sangat baik bagi rakan-rakan pengetua memberi input yang bermakna kepada SI Partner tentang situasi sebenar di sekolah di samping mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan yang perlu dibuat untuk meningkatkan prestasi akademik sekolah. Malangnya prestasi kokurikulum dan bidang lain serta kebitaraan sekolah tidak diambilkira sepenuhnya dalam penentuan band itu. Berdasarkan input-input yang diberikan oleh pihak pengurusan sekolah dalam perbincangan melalui bengkel itu nanti, Institut Aminuddin Baki yang menjadi urusetia sewajarnya mengambil tindakan untuk membantu sekolah-sekolah tersebut dari segi material dan tenaga. Sebahagian besar daripada SI Partner dalam kalangan pensyarah IAB itu khabarnya tidak mempunyai pengalaman sebagai pengetua dan justeru itu kurang memahami realiti mengurus dan mentadbir sekolah terutamanya bekas pegawai-pegawai daripada bahagian-bahagian di kementerian yang dilantik menjadi pensyarah kanan di IAB yang mempunyai pengalaman yang kurang bertugas sebagai guru di sekolah. Namun tidak dapat dinafikan terdapat juga pensyarah-pensyarah yang asalnya adalah guru-guru di sekolah yang mempunyai pengalaman sebagai penolong kanan dan guru kanan mata pelajaran. Ini berbeza dengan sistem pendidikan di United Kingdom yang mana pensyarah-pensyarah yang memberi kursus kepada pengetua-pengetua adalah dalam kalangan mereka yang pernah menjadi pengetua. Kerana itulah sewaktu beberapa orang rakan pengetua yang terpilih mengikuti program sekolah kluster di Kings College London, KCL dahulu menyatakan pensyarah-pensyarah di KCL agak terkejut apabila mengetahui kebanyakan pensyarah IAB yang melatih pengetua tiada pengalaman bertugas sebagai pengetua. Pada hemat saya sekurang-kurangnya mereka pernah menjadi guru kanan mata pelajaran di sekolah telah memadai untuk mengisi keperluan itu. Keadaan ini boleh dianalogikan seperti permainan bola sepak. Mana mungkin orang yang tidak pernah bermain bola sepak menjadi jurulatih bola sepak. Program ini memberi peluang kepada SI Partner dari IAB untuk menghubungkan teori yang mereka memang pakar dengan realiti di sekolah. Keadaan pelajar, persekitaran dan sikap ibubapa sepuluh tahun dahulu amat berbeza dengan keadaan pelajar, persekitaran dan sikap ibubapa serta guru-guru sekarang.
Apa yang dapat diperhatikan ialah bukan faktor pengetua yang menyebabkan jatuh bangun sesebuah sekolah seperti yang diutarakan oleh Fred M. Hechinger, Presiden Yayasan New York Times kerana beberapa pengetua cemerlang dan pengetua kanan telah ditempatkan di beberapa sekolah tersebut merupakan pengetua-pengetua yang hebat di sekolah lama mereka sebelum ini. Ia sebenarnya adalah kolektif beberapa faktor seperti faktor guru, faktor persekitaran, faktor murid, faktor ibubapa, faktor kewangan dan banyak lagi yang perlu dikaji secara teliti dan terperinci serta dilihat secara kes demi kes.
Jika kita mengatakan faktor guru yang menyebabkan kemerosotan keputusan peperiksaan awam di sekolah tersebut, apa kata kita tempatkan guru-guru di sekolah kluster atau sekolah berprestasi tinggi ke sekolah berdekatan yang dikenal pasti berprestasi rendah selama setahun atau lebih. Kemudian lihat hasilnya. Apa kata pula jika setiap sekolah yang berprestasi rendah itu dibekalkan dengan 4 orang guru cemerlang bagi setiap bidang. Kajian perlu dibuat dengan melihat pemboleh ubah manakah yang paling dominan di setiap sekolah tersebut.
Institut Aminuddin Baki yang bertindak sebagai urusetia pula perlu membantu sekolah-sekolah ini dari segi menyumbangkan tenaga di samping buah fikiran. Pada hemat saya sumbangan tenaga lebih bermakna daripada sumbangan idea kerana ramai pensyarah-pensyarah IAB bertaraf Master Trainer. Inilah peluang yang besar bagi Master Trainer ini menunjukkan kebolehan mereka membantu meningkatkan prestasi sekolah-sekolah ini dengan berada di sekolah-sekolah tersebut dalam suatu jangka masa yang tertentu. Jika boleh ambil satu kelas tingkatan 3 dan satu kelas tingkatan 5 yang pencapaian akademik mereka paling lemah. Pensyarah yang pakar dalam analisis item misalnya boleh menyediakan perisian analisis item untuk diberikan kepada guru-guru bukannya meminta guru membuat analisis item itu kerana guru-guru ini tiada kepakaran tersebut. Kita percaya IAB boleh membantu menyediakan perisian ini kerana terdapat dua pusat yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang menerima pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan sebagai pensyarah dalam beberapa pengambilan yang lalu.
Kepimpinan yang ditunjukkan oleh mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu "Bekerjalah bersama Saya bukan Bekerja untuk Saya" boleh diamalkan dan dijadikan pegangan. Sebenarnya guru-guru kita di sekolah telah banyak dibebankan dengan tugas-tugas sampingan yang mengganggu core business mereka malah tidak ramai guru yang mampu menggunakan perisian Microsoft Excell untuk membuat analisis item. Maka di sinilah SI Partner boleh memainkan peranan menghulurkan bantuan dari segi bersama-sama menyediakan perisian. Master Trainer yang pakar dalam kajian tindakan pula boleh bersama-sama guru membuat kajian tindakan terutamanya dalam bidang pembelajaran dan pengajaran. SI Partner yang pakar dalam membuat modul pembelajaran pula boleh menyumbang tenaga dengan bersama-sama guru menyediakan Modul Pembelajaran Kendiri misalnya yang boleh digunakan apabila terdapat kelas relief. Isu guru keluar bertugas rasmi di luar dalam jangka masa lama masih berlaku. Dengan adanya modul ini, guru-guru ganti boleh bertindak sebagai penyelia dan pembantu murid menggunakan modul yang disediakan bersama-sama itu.
Sekolah-sekolah yang berprestasi rendah hendaklah diberikan sejumlah peruntukan yang sama seperti peruntukan yang diberikan kepada sekolah berprestasi tinggi, SBT. Peruntukan ini boleh digunakan untuk meningkatkan tahap profesionalisme guru sekiranya faktor guru menjadi penyebab kemerosotan prestasi akademik. Peruntukan itu boleh digunakan untuk meningkatkan tahap motivasi dan kaedah pembelajaran murid jika faktor murid yang dominan. Peruntukan itu boleh juga digunakan untuk meningkatkan prasarana sekolah sama ada menyelenggara, membaikpulih atau menaik taraf prasarana sekolah sekiranya faktor persekitaran adalah dominan. Banyak lagi aspek yang boleh ditingkatkan di sekolah berprestasi rendah seandainya peruntukan ini diberikan kepada sekolah-sekolah berkenaan. Mungkin juga kita boleh mencadangkan supaya sekolah-sekolah yang bilangan muridnya kurang daripada 350 orang misalnya diberikan peruntukan geran per kapita yang lebih tinggi lagi berbanding peruntukan yang sedia ada.
Akhir sekali gandingan kerjasama IAB dan sekolah-sekolah ini hendaklah diteruskan sehingga akhirnya sekolah-sekolah ini menjadi sekolah berprestasi tinggi di samping sumbangan dari bahagian-bahagian kementerian pelajaran yang lain. Ini kerana visi dan misi kita adalah sama iatu "Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang" dan "Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti". Maka bolehlah kita menjawab soalan keramat yang sentiasa diajukan kepada pendidik iaitu "Apakah sumbangan yang anda berikan kepada sekolah?
Apa yang dapat diperhatikan ialah bukan faktor pengetua yang menyebabkan jatuh bangun sesebuah sekolah seperti yang diutarakan oleh Fred M. Hechinger, Presiden Yayasan New York Times kerana beberapa pengetua cemerlang dan pengetua kanan telah ditempatkan di beberapa sekolah tersebut merupakan pengetua-pengetua yang hebat di sekolah lama mereka sebelum ini. Ia sebenarnya adalah kolektif beberapa faktor seperti faktor guru, faktor persekitaran, faktor murid, faktor ibubapa, faktor kewangan dan banyak lagi yang perlu dikaji secara teliti dan terperinci serta dilihat secara kes demi kes.
Jika kita mengatakan faktor guru yang menyebabkan kemerosotan keputusan peperiksaan awam di sekolah tersebut, apa kata kita tempatkan guru-guru di sekolah kluster atau sekolah berprestasi tinggi ke sekolah berdekatan yang dikenal pasti berprestasi rendah selama setahun atau lebih. Kemudian lihat hasilnya. Apa kata pula jika setiap sekolah yang berprestasi rendah itu dibekalkan dengan 4 orang guru cemerlang bagi setiap bidang. Kajian perlu dibuat dengan melihat pemboleh ubah manakah yang paling dominan di setiap sekolah tersebut.
Institut Aminuddin Baki yang bertindak sebagai urusetia pula perlu membantu sekolah-sekolah ini dari segi menyumbangkan tenaga di samping buah fikiran. Pada hemat saya sumbangan tenaga lebih bermakna daripada sumbangan idea kerana ramai pensyarah-pensyarah IAB bertaraf Master Trainer. Inilah peluang yang besar bagi Master Trainer ini menunjukkan kebolehan mereka membantu meningkatkan prestasi sekolah-sekolah ini dengan berada di sekolah-sekolah tersebut dalam suatu jangka masa yang tertentu. Jika boleh ambil satu kelas tingkatan 3 dan satu kelas tingkatan 5 yang pencapaian akademik mereka paling lemah. Pensyarah yang pakar dalam analisis item misalnya boleh menyediakan perisian analisis item untuk diberikan kepada guru-guru bukannya meminta guru membuat analisis item itu kerana guru-guru ini tiada kepakaran tersebut. Kita percaya IAB boleh membantu menyediakan perisian ini kerana terdapat dua pusat yang berkaitan dengan teknologi maklumat yang menerima pegawai-pegawai dari Bahagian Teknologi Pendidikan sebagai pensyarah dalam beberapa pengambilan yang lalu.
Kepimpinan yang ditunjukkan oleh mantan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi iaitu "Bekerjalah bersama Saya bukan Bekerja untuk Saya" boleh diamalkan dan dijadikan pegangan. Sebenarnya guru-guru kita di sekolah telah banyak dibebankan dengan tugas-tugas sampingan yang mengganggu core business mereka malah tidak ramai guru yang mampu menggunakan perisian Microsoft Excell untuk membuat analisis item. Maka di sinilah SI Partner boleh memainkan peranan menghulurkan bantuan dari segi bersama-sama menyediakan perisian. Master Trainer yang pakar dalam kajian tindakan pula boleh bersama-sama guru membuat kajian tindakan terutamanya dalam bidang pembelajaran dan pengajaran. SI Partner yang pakar dalam membuat modul pembelajaran pula boleh menyumbang tenaga dengan bersama-sama guru menyediakan Modul Pembelajaran Kendiri misalnya yang boleh digunakan apabila terdapat kelas relief. Isu guru keluar bertugas rasmi di luar dalam jangka masa lama masih berlaku. Dengan adanya modul ini, guru-guru ganti boleh bertindak sebagai penyelia dan pembantu murid menggunakan modul yang disediakan bersama-sama itu.
Salah sebuah sekolah Felda yang cemerlang |